BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 30, 2009

"Adab Berpuasa!"

Firman ALLAH SWT,"Wahai orang yg beriman,telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yg telah diwajibkan ke atas umat-umat yg sebelum kamu,semoga kamu menjadi orang yg bertakwa."{SURAH AL-BAQARAH:183}.

1.Jauhi diri daripada mengumpat,mencela,mencaci dan perkara-perkara yg dilarang.

2.Menghindari diri daripada segala perkara yg membatalkan puasa.

3.Kurangkan tidur terutama pada waktu siang.

PERKARA YG DIANJURKAN KETIKA RAMADHAN...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Semasa bulan Ramadhan,rahmat dan kasih sayang Allah SWT sangat meluas.Berungtunglah orang-orang yg berusaha menambahkan kebaikan pada bulan Ramadhan.Nak tahu tak apakah antara amalan yg boleh kita lakukan sepanjang Ramadhan ini?Antaranya:

1.SOLAT TARAWIH DAN SOLAT WITIR...

2.MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DAN AMAL JARIAH LAIN...

3.PERBANYAKKAN MOHON KEAMPUNAN DAN KEBAIKAN...

4.MEMBACA AL-QURAN DAN PERBANYAKKAN ZIKIR KEPADA ALLAH SWT...

5.MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA APABILA MASUK WAKTU MAGHRIB DAN MEMBACA DOA SEBELUM BERBUKA...


WALLAHUALAM....

Friday, August 28, 2009

LAWAK SANTAI....

HILANGKANLAH STRESS ANDA DENGAN MEMBACA LAWAK SANTAI...!!!

Pada suatu masa dahulu,ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat RAJIN belaka.
tidak ada walau seorang pun yg malas...Jadi pada suatu hari,rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yg MALAS.Semasa perhimpunan itu,tampil seorang lelaki lantas mengaku..."Sayalah orang yg paling malas sekali di dalam kampung ini..."Raja pun bertanya kepa da lelaki itu..."Kalau begitu,bagitau beta,apa tahap kemalasan kamu"?.Lelaki itu pun menjawab..."Kalau saya nak makan mesti kena ada seseorang menyuapkan saya..."Ha,macamtulah teruknya tahap kemalasan saya,tuanku..."Tiba-tiba seorang lagi lelaki datang lalu berkata:"Saya lagi malas dari dia tuanku!"Raja pun bertanya kepada lelaki itu:Sampai mana pula tahap kemalasan kamu tu?"Kalau saya nak makan pun,kana ada orang yg kunyahkan,tuanku..."Isy...isy...isy...teruk betul tahap kemalasan kamu ni..."Ini dah kira tahap maksimum ni,jadi, beta akan mengisytiharkan bahawa kamulah orang yg pa...Belum sempat raja menghabiskan kata-katanya,seorang lelaki telah datang ke sana lalu berkata..."sabar dulu,sebenarnya hambalah orang yg paling malas di kampung ini..."Raja pun bertanya,"Bagaimanakah pula tahap kemalasan kamu?"Lalu jawab lelaki yg kurus itu dengan suara yg lembik..."isy...saya nak cite pon malas tuanku..."

Thursday, August 27, 2009

7 KEMUNGKINAN BALASAN ALLAH TERHADAP ORANG 2 YG BAKHIL...

Saidina Abu Bakar r.a berkata yg bermaksud,orang-orang yg terlalu bakhil tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan ini:

1. Allah s.w.t memberikan kuasa kepada seorang pemerintah zalim lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.

2. Allah s.w.t akan menimpakan keatasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran,kecurian,banjir dan sebagainya.

3. Setelah dia meninggal kelak,hartanya akan diwarisi oleh mereka yg menggunakan harta itu untuk membuat maksiat dan kemungkaran.

4. Allah s.w.t. akan menimpakan sesuatu penyakit yg berpanjangan sehingga dia terpaksa membelanjakan hartanya itu bagi mengubati penyakitnya.

5. Dia menanamkan hartanya itu di suatu tempat lalu dia sendiri terlupa sehingga dia tidak boleh menjumpainya lagi.

6. Terlintas di dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yg rosak mengakibatkan hartanya sendiri musnah.

7.Allah s.w.t. meninggalkan shahwatnya sehingga dia sendiri akan memusnahkan hartanya.

MASYAALLAH,SUNGGUH HEBAT BALASAN
ALLAH TERHADAP ORANG2 YG BAKHIL...

"AJAIBNYA TULANG MANUSIA...."

ASSALAMUALAIKUM....

Tahukah anda rangka tubuh badan manusia terbina daripada 206tulang temulang.Ia melindungi struktur tubuh badan yg melindungi organ penting seperti otak,jantung,paru-paru dan organ-organ dalaman manusia.Struktur tulang yg dicipta dalam badan manusia mempunyai kekuatan yg luar biasa.Contohnya,tulang paha dikatakan dapat menampung beban seberat 1 tan atau 1000 kilogram dalam kedudukkan 90 darjah.Pada bahagian-bahagian yg tertentu,tulang juga dicipta dengan bersifat anjal.Contohnya tulang punggung waanita yang hamil boleh melebar dan renggang antara satu sama lain ketika saat kelahiran.Regangan ini berlaku untuk mmengelakkan tekanan yg menghimpit kepala bayi ketika keluar dari rahim ibu.Sesungguhnya Allah maha pencipta sebagaimana firman-firmannya yg berbunyi,"...Dan lihatlah kepada tulang-tulang itu bagaimana kami menyusunnya kembali kemudian kami menyalutna dengan daging..."surah sl-Baqarah ayat 269...


SUBHANALLAH!!!!!!!MEMANG INDAH CIPTAAN ALLAH...

fadhilat-fadhilat berpuasa....

Imam Ahmad,al-Turmidzidan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah:"Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga dia selesai makannya...."

hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yg berpuasa.Sebenrnya banyak lagi kelebihan puasa dan ramadhan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada api neraka.

Antara Harta dan Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim.


Sebuah kisah menceritakan tentang perdebatan yang berlaku di kalangan ahli-ahli Basrah.Salah seorang daripadanya berkata,"Ilmu lebih baik dari harta.Manakala sebahagian pula berhujah bahawa harta itu lebih penting dan lebih beik daripada ilmu.Bagi mendapatkan kepastian,mereka telah mengutus seorang daripada ahli Basrah untuk bertemu dengan IBNU ABBAS.Setelah diceritakan kepada IBNU ABBAS berkaitan perdebatan itu,maka jawab IBNU ABBAS,ilmu itu lebih baik daripada harta.Katanya lagi,"Katakan kepada mereka bahawa ilmu itu warisan nabi2 dan harta itu warisan firaun.Ilmu itu menjagaa kamu dan harta itu kamu yg menjaganya.Ilmu tidak kurang jika dinafkahkan,tetapi harta akan berkurang apabila dinafkahkan.Orang yang berharta tidak lagi dikenang selepas kematiannya.Manakala orang yg berilmu terus dikenang setelah kematiannya......

Wednesday, August 26, 2009

Rumusan Jalan Mendapat Ikhlas.

Langkah mula untuk mendapat ikhlas dan sebaik-baik amal ialah benar-benar menjadi hamba Allah.Untuk menjadi 'Hamba Allah' yang benar perlu bermujahadah dan istiqamah menempuh 4 syarat iaitu:-

  • TAUBAT diperbaharui.
  • IMAN diperteguh.
  • AMAL SOLEH diperkemas.
  • ZIKRULLAH diperbanyak & berterusan.

Wallahua'lam...

Jom relax!

Mari tenangkan diri dengan menjawab pantun teka-teki di bawah:

1. Setiap wanita memasang angan,
Dilihat cantik setiap hari,
Ingin dipakai di pangkal lengan,
Dibawa berjalan ke sana sini...
JAWAPANNYA:Gelang...

2. kalau ke pasar perlu dibawa,
Bukannya kuih atau nasi,
sila jawab jangan kecewa,
apakah benda yang boleh diisi...
JAWAPANNYA:Bakul...

3. Ada pintu tidak bertingkap,
Pelbagai rupa,saiz dan bentuk,
Boleh dibuka boleh disingkap,
kalau berkunci jangan diketuk...
JAWAPANNYA:Almari...

4.Di situ berbaring bukan bersandar,
letak kepala terus lena,
Bersaiz kecil ataupun besar
di dalam bilik tempat letaknya...
JAWAPANNYA:Katil...

5.Di atasnya tercatat pelbagai angka,
bukan digunakan untuk mengira,
semua tujuan mudah dirangka,
digantung di dinding apakah benda...
JAWAPANNYA:Kalendar...

6.Tika saatnya angin pun hadir,
meliuk cahaya bagai penari,
hidup ibarat sudah ditakdir,
setiap saat membakar diri...
JAWAPANNYA:Lilin...

"PANTUN NASIHAT..."

1. bertutur sopan kita bersama,
dengan ibu bapa dan juga teman,
perlakuan mulia dituntut agama,
bahagia hidup sepanjang zaman...

2. dengan guru bersopan selalu,
jangan lakukan perkara keji,
sila bertanya jika perlu,
itu amalan yang terpuji...

3. semua orang tua dan muda,
pangkat darjat tidak ketinggalan,
apabila berkata haruslah waspada,
bahasa sopan jadikan amalan...

4.bukan sebarang pantun seloka,
pantun nasihat kita teladani,
berpekerti mulia setiap ketika,
hidup berdisiplin lagi harmoni...

SEMOGA TERHIBUR DENGAN PANTUN YANG DIBERI...

Menggunakan harta haram...

Seorang hamba Allah telah bersedekah dengan menggunakan harta yang haram.Adakah dia mendapat pahala????

Sabda Rasulullah s.a.w:"Sesungguhnya Allah SWT itu baik dan Allah tidak menerima melainkan yg baik".Allah SWT tidak sedekah,derma atau apa jua bentuk pemberian daripada benda atau harta yg haram.Malah seseorang itu akan dipersoalkan di akhirat kelak mengenai harta yang dimiliki dari mana ia mendapat harta tersebut dan kepada mana ia menafkahkan atau membelanjakan harta tersebut.Harta yg kita miliki perlu diketahui dari mana sumbernya sama ada halal atau tidak dan ke mana harta itu dibelanjakan.Harta yg dimiliki daripada sumber yg halal dan didermakan kepada yg baik,hanya itulah yg diterima oleh Allah Subhanahu Wataala.

Adab Menuntut Ilmu


Assalamualaikum w.b.t.Terima kasih kerana sudi menjengah ke "Little Caliph".Semoga anda semua mendapat ilmu yang bermanfaat.


"Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda:"Orang yang berilmu itu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya,sehingga adalah kesudahannya itu di dalam syurga."(Riwayat Tirmidzi)



Mungkin ramai di antara kita yang memandang enteng soal adab ketika menuntut ilmu.Tetapi,sebenarnya untuk mendapat keberkatan ilmu,kita mestilah mempunyai adab sewaktu belajar.Antara adab menuntut ilmu ialah:



  • Niat beribadat semata-mata kerana Allah s.w.t.

  • Jauhi sifat hati yang tidak baik.

  • Sentiasa merendah diri,(tawadhu')menghormati dan menurut nasihat guru.

  • Tidak kedekut ilmu.

  • Tanamkan rasa kesungguhan diri untuk mencapai kecemerlangan.

  • Beradab sopan dengan guru.

  • Patuhi peraturan di tempat belajar.

InsyaAllah sekiranya kita mengamalkan adab-adab ketika belajar,ilmu yang kita pelajari akan mudah kita fahami.Selamat beramal!