BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 27, 2009

Antara Harta dan Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim.


Sebuah kisah menceritakan tentang perdebatan yang berlaku di kalangan ahli-ahli Basrah.Salah seorang daripadanya berkata,"Ilmu lebih baik dari harta.Manakala sebahagian pula berhujah bahawa harta itu lebih penting dan lebih beik daripada ilmu.Bagi mendapatkan kepastian,mereka telah mengutus seorang daripada ahli Basrah untuk bertemu dengan IBNU ABBAS.Setelah diceritakan kepada IBNU ABBAS berkaitan perdebatan itu,maka jawab IBNU ABBAS,ilmu itu lebih baik daripada harta.Katanya lagi,"Katakan kepada mereka bahawa ilmu itu warisan nabi2 dan harta itu warisan firaun.Ilmu itu menjagaa kamu dan harta itu kamu yg menjaganya.Ilmu tidak kurang jika dinafkahkan,tetapi harta akan berkurang apabila dinafkahkan.Orang yang berharta tidak lagi dikenang selepas kematiannya.Manakala orang yg berilmu terus dikenang setelah kematiannya......

0 comments: