Mari tenangkan diri dengan menjawab pantun teka-teki di bawah:
1. Setiap wanita memasang angan,
Dilihat cantik setiap hari,
Ingin dipakai di pangkal lengan,
Dibawa berjalan ke sana sini...
JAWAPANNYA:Gelang...
2. kalau ke pasar perlu dibawa,
Bukannya kuih atau nasi,
sila jawab jangan kecewa,
apakah benda yang boleh diisi...
JAWAPANNYA:Bakul...
3. Ada pintu tidak bertingkap,
Pelbagai rupa,saiz dan bentuk,
Boleh dibuka boleh disingkap,
kalau berkunci jangan diketuk...
JAWAPANNYA:Almari...
4.Di situ berbaring bukan bersandar,
letak kepala terus lena,
Bersaiz kecil ataupun besar
di dalam bilik tempat letaknya...
JAWAPANNYA:Katil...
5.Di atasnya tercatat pelbagai angka,
bukan digunakan untuk mengira,
semua tujuan mudah dirangka,
digantung di dinding apakah benda...
JAWAPANNYA:Kalendar...
6.Tika saatnya angin pun hadir,
meliuk cahaya bagai penari,
hidup ibarat sudah ditakdir,
setiap saat membakar diri...
JAWAPANNYA:Lilin...
Wednesday, August 26, 2009
Jom relax!
Posted by .::L!ttlE cAliPh::. at 2:15 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment