BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 5, 2009

BERKAT DOA RASULULLAH...{Nampak je panjang,tapi bila baca best punya!!!!!}

Tatkala rasulullah dan para sahabat baginda menggali parit pertahanan khandaq,seorang sahabat baginda yg bernama Jabir Bin Abdullah dapat merasakan bahawa rasulullah di dalam keadaan yg lapar.Dia segera bergegas ke rumah menemui isterinya lalu berkata,"Adakah kita mempunyai makanan?Sya dapati bahawa rasulullah di dalam keadaan lapar."Sahabat nabi yg mulia ini mengeluarkan bekas simpanan gandum .Di dalamnya hanya terdapat segantang gandum{tidak sampai 3 kilo}.Mereka juga memiliki seekor kambing yg masih kecil.Biarpun kecil,jabir menyembelih kambingnya itu manakala isterinya pula menggiling tepung untuk dijadikan roti.Setelah itu,Jabir menemui Rasulullah untuk mengundang mengundang baginda supaya datang ke rumahnya.Disebabkan makanan Jabir hanya sedikit,beliau pergi kepada Rasulullah lalu berbisik,"Wahai Rasulullah!kami telah menyembelih seekor kambing kepunyaan kami.Isteri saya telah menggiling segantang gandum yg ada pada kami,oleh itu,sudilahh tuan makan bersama-sama beberapa orang sahabat."Demi mendengar ajakan jabir,Rasulullah SAW berteriak."Wahai orang-orang khandaq!Jabir membuat hidangan untuk kamu semua.Marilah kita makan bersama-sama!"Kemudian Rasulullah menasihati Jabir "jangan kamu turunkan kualimu dan jangan kamu masak adunan rotimu sebelum aku datang".Jabir pulang semula ke rumahnya.Tidak lama kemudian Rasulullah pun datang diikuti oleh sahabat-sahabatnya yg ramai.Isteri Jabir berasa gelisah dengan kedatangan tetamu yang sangat ramai,kira-kira 1000 orang.Isteri Jabir berkata kepadanya."Apakah yg abang sudah katakan kepada Rasulullah ?"Jabir hanya dapat menjawab,"Saya telah katakan apa yang awak pesankan kepada saya."Tidak lama sesudah itu Rasulullah datang menemui pasangan yg masih sedang kebingungan di dapur.Jabir mengeluarkan adunan roti mereka ,lalu diberkati oleh Rasulullah.Kemudian Rasulullah menuju ke kuali lalu memberkati gulai kambing mereka.Sesudah itu,Rasullullah berkata kepada isteri Jabir."Panggillah seorang pembantu untuk membantumu membuat roti.Dan ketika mengisi gulai,isikan terus ke dalam mangkuk dan jangan sesekali turunkan kualimu itu.Namun, para sahabat yg kira-kira berjumlah 1000 orang dapat makan dengan kenyang.Lauk yg berada di dalam kuali mereka tetap penuh.Adunan roti mereka juga seperti sediakala.Demikianlah betapa hebatnya mukjizat nabi.

WALLAHUALAM...

0 comments: