BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 5, 2009

BERKAT DOA RASULULLAH...{Nampak je panjang,tapi bila baca best punya!!!!!}

Tatkala rasulullah dan para sahabat baginda menggali parit pertahanan khandaq,seorang sahabat baginda yg bernama Jabir Bin Abdullah dapat merasakan bahawa rasulullah di dalam keadaan yg lapar.Dia segera bergegas ke rumah menemui isterinya lalu berkata,"Adakah kita mempunyai makanan?Sya dapati bahawa rasulullah di dalam keadaan lapar."Sahabat nabi yg mulia ini mengeluarkan bekas simpanan gandum .Di dalamnya hanya terdapat segantang gandum{tidak sampai 3 kilo}.Mereka juga memiliki seekor kambing yg masih kecil.Biarpun kecil,jabir menyembelih kambingnya itu manakala isterinya pula menggiling tepung untuk dijadikan roti.Setelah itu,Jabir menemui Rasulullah untuk mengundang mengundang baginda supaya datang ke rumahnya.Disebabkan makanan Jabir hanya sedikit,beliau pergi kepada Rasulullah lalu berbisik,"Wahai Rasulullah!kami telah menyembelih seekor kambing kepunyaan kami.Isteri saya telah menggiling segantang gandum yg ada pada kami,oleh itu,sudilahh tuan makan bersama-sama beberapa orang sahabat."Demi mendengar ajakan jabir,Rasulullah SAW berteriak."Wahai orang-orang khandaq!Jabir membuat hidangan untuk kamu semua.Marilah kita makan bersama-sama!"Kemudian Rasulullah menasihati Jabir "jangan kamu turunkan kualimu dan jangan kamu masak adunan rotimu sebelum aku datang".Jabir pulang semula ke rumahnya.Tidak lama kemudian Rasulullah pun datang diikuti oleh sahabat-sahabatnya yg ramai.Isteri Jabir berasa gelisah dengan kedatangan tetamu yang sangat ramai,kira-kira 1000 orang.Isteri Jabir berkata kepadanya."Apakah yg abang sudah katakan kepada Rasulullah ?"Jabir hanya dapat menjawab,"Saya telah katakan apa yang awak pesankan kepada saya."Tidak lama sesudah itu Rasulullah datang menemui pasangan yg masih sedang kebingungan di dapur.Jabir mengeluarkan adunan roti mereka ,lalu diberkati oleh Rasulullah.Kemudian Rasulullah menuju ke kuali lalu memberkati gulai kambing mereka.Sesudah itu,Rasullullah berkata kepada isteri Jabir."Panggillah seorang pembantu untuk membantumu membuat roti.Dan ketika mengisi gulai,isikan terus ke dalam mangkuk dan jangan sesekali turunkan kualimu itu.Namun, para sahabat yg kira-kira berjumlah 1000 orang dapat makan dengan kenyang.Lauk yg berada di dalam kuali mereka tetap penuh.Adunan roti mereka juga seperti sediakala.Demikianlah betapa hebatnya mukjizat nabi.

WALLAHUALAM...

BERKAT DOA RASULULLAH...

Wednesday, September 2, 2009

HAIWAN BERPUASA??????

PERCAYAKAH,BAHAWASANYA...BUKAN HANYA MANUSIA SAHAJA YG BERPUASA,ADA JUGA BINATANG-BINATANG TERTENTU JUGA YG BERPUASA DEMI MENYEPURNAKAN KEHIDUPAN SEHARIANNYA...

Ayam betina berpuasa demi anaknya...

Ketika mengerami telur,seekor ayam betina akan berada pada tempat yg sama sehingga telur itu menetas.selama lebih kurang 21 hari tidak makan, minum dan juga tidur.jadi, sepanjang sepanjang tempoh itu ayam berpuasa demi si anak yg bakal menetas...

Ular tidak makan sewaktu sedang bersalin kulit.

Tahukah anda,ular yg sedang bersalin kulit dalam tempoh semalaman,sanggup menahan lapar walaupun makanannya berada di hadapannya sendiri.Setelah kulit barunya bertukar dengan sempurna,barulah ular akan mencari mangsanya.AJAIBKAN!!!!!!!!!

SUBHANALLAH!SUNGGUH MENAKJUBKAN YA.....ITULAH KEBESARAN
ALLAHS.W.T.JADI JANGANLAH KITA LALAI MENGERJAKAN IBADAH PUASA.WASSALAM...

Sunday, August 30, 2009

"Adab Berpuasa!"

Firman ALLAH SWT,"Wahai orang yg beriman,telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yg telah diwajibkan ke atas umat-umat yg sebelum kamu,semoga kamu menjadi orang yg bertakwa."{SURAH AL-BAQARAH:183}.

1.Jauhi diri daripada mengumpat,mencela,mencaci dan perkara-perkara yg dilarang.

2.Menghindari diri daripada segala perkara yg membatalkan puasa.

3.Kurangkan tidur terutama pada waktu siang.

PERKARA YG DIANJURKAN KETIKA RAMADHAN...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Semasa bulan Ramadhan,rahmat dan kasih sayang Allah SWT sangat meluas.Berungtunglah orang-orang yg berusaha menambahkan kebaikan pada bulan Ramadhan.Nak tahu tak apakah antara amalan yg boleh kita lakukan sepanjang Ramadhan ini?Antaranya:

1.SOLAT TARAWIH DAN SOLAT WITIR...

2.MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DAN AMAL JARIAH LAIN...

3.PERBANYAKKAN MOHON KEAMPUNAN DAN KEBAIKAN...

4.MEMBACA AL-QURAN DAN PERBANYAKKAN ZIKIR KEPADA ALLAH SWT...

5.MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA APABILA MASUK WAKTU MAGHRIB DAN MEMBACA DOA SEBELUM BERBUKA...


WALLAHUALAM....

Friday, August 28, 2009

LAWAK SANTAI....

HILANGKANLAH STRESS ANDA DENGAN MEMBACA LAWAK SANTAI...!!!

Pada suatu masa dahulu,ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat RAJIN belaka.
tidak ada walau seorang pun yg malas...Jadi pada suatu hari,rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yg MALAS.Semasa perhimpunan itu,tampil seorang lelaki lantas mengaku..."Sayalah orang yg paling malas sekali di dalam kampung ini..."Raja pun bertanya kepa da lelaki itu..."Kalau begitu,bagitau beta,apa tahap kemalasan kamu"?.Lelaki itu pun menjawab..."Kalau saya nak makan mesti kena ada seseorang menyuapkan saya..."Ha,macamtulah teruknya tahap kemalasan saya,tuanku..."Tiba-tiba seorang lagi lelaki datang lalu berkata:"Saya lagi malas dari dia tuanku!"Raja pun bertanya kepada lelaki itu:Sampai mana pula tahap kemalasan kamu tu?"Kalau saya nak makan pun,kana ada orang yg kunyahkan,tuanku..."Isy...isy...isy...teruk betul tahap kemalasan kamu ni..."Ini dah kira tahap maksimum ni,jadi, beta akan mengisytiharkan bahawa kamulah orang yg pa...Belum sempat raja menghabiskan kata-katanya,seorang lelaki telah datang ke sana lalu berkata..."sabar dulu,sebenarnya hambalah orang yg paling malas di kampung ini..."Raja pun bertanya,"Bagaimanakah pula tahap kemalasan kamu?"Lalu jawab lelaki yg kurus itu dengan suara yg lembik..."isy...saya nak cite pon malas tuanku..."

Thursday, August 27, 2009

7 KEMUNGKINAN BALASAN ALLAH TERHADAP ORANG 2 YG BAKHIL...

Saidina Abu Bakar r.a berkata yg bermaksud,orang-orang yg terlalu bakhil tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan ini:

1. Allah s.w.t memberikan kuasa kepada seorang pemerintah zalim lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.

2. Allah s.w.t akan menimpakan keatasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran,kecurian,banjir dan sebagainya.

3. Setelah dia meninggal kelak,hartanya akan diwarisi oleh mereka yg menggunakan harta itu untuk membuat maksiat dan kemungkaran.

4. Allah s.w.t. akan menimpakan sesuatu penyakit yg berpanjangan sehingga dia terpaksa membelanjakan hartanya itu bagi mengubati penyakitnya.

5. Dia menanamkan hartanya itu di suatu tempat lalu dia sendiri terlupa sehingga dia tidak boleh menjumpainya lagi.

6. Terlintas di dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yg rosak mengakibatkan hartanya sendiri musnah.

7.Allah s.w.t. meninggalkan shahwatnya sehingga dia sendiri akan memusnahkan hartanya.

MASYAALLAH,SUNGGUH HEBAT BALASAN
ALLAH TERHADAP ORANG2 YG BAKHIL...