BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 26, 2009

"PANTUN NASIHAT..."

1. bertutur sopan kita bersama,
dengan ibu bapa dan juga teman,
perlakuan mulia dituntut agama,
bahagia hidup sepanjang zaman...

2. dengan guru bersopan selalu,
jangan lakukan perkara keji,
sila bertanya jika perlu,
itu amalan yang terpuji...

3. semua orang tua dan muda,
pangkat darjat tidak ketinggalan,
apabila berkata haruslah waspada,
bahasa sopan jadikan amalan...

4.bukan sebarang pantun seloka,
pantun nasihat kita teladani,
berpekerti mulia setiap ketika,
hidup berdisiplin lagi harmoni...

SEMOGA TERHIBUR DENGAN PANTUN YANG DIBERI...

0 comments: