ASSALAMUALAIKUM....
Tahukah anda rangka tubuh badan manusia terbina daripada 206tulang temulang.Ia melindungi struktur tubuh badan yg melindungi organ penting seperti otak,jantung,paru-paru dan organ-organ dalaman manusia.Struktur tulang yg dicipta dalam badan manusia mempunyai kekuatan yg luar biasa.Contohnya,tulang paha dikatakan dapat menampung beban seberat 1 tan atau 1000 kilogram dalam kedudukkan 90 darjah.Pada bahagian-bahagian yg tertentu,tulang juga dicipta dengan bersifat anjal.Contohnya tulang punggung waanita yang hamil boleh melebar dan renggang antara satu sama lain ketika saat kelahiran.Regangan ini berlaku untuk mmengelakkan tekanan yg menghimpit kepala bayi ketika keluar dari rahim ibu.Sesungguhnya Allah maha pencipta sebagaimana firman-firmannya yg berbunyi,"...Dan lihatlah kepada tulang-tulang itu bagaimana kami menyusunnya kembali kemudian kami menyalutna dengan daging..."surah sl-Baqarah ayat 269...
SUBHANALLAH!!!!!!!MEMANG INDAH CIPTAAN ALLAH...
Thursday, August 27, 2009
"AJAIBNYA TULANG MANUSIA...."
Posted by .::L!ttlE cAliPh::. at 7:43 PM 0 comments
fadhilat-fadhilat berpuasa....
Imam Ahmad,al-Turmidzidan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah:"Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga dia selesai makannya...."
hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yg berpuasa.Sebenrnya banyak lagi kelebihan puasa dan ramadhan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada api neraka.
Posted by .::L!ttlE cAliPh::. at 6:24 AM 0 comments
Antara Harta dan Ilmu
Bismillahirrahmanirrahim.
Sebuah kisah menceritakan tentang perdebatan yang berlaku di kalangan ahli-ahli Basrah.Salah seorang daripadanya berkata,"Ilmu lebih baik dari harta.Manakala sebahagian pula berhujah bahawa harta itu lebih penting dan lebih beik daripada ilmu.Bagi mendapatkan kepastian,mereka telah mengutus seorang daripada ahli Basrah untuk bertemu dengan IBNU ABBAS.Setelah diceritakan kepada IBNU ABBAS berkaitan perdebatan itu,maka jawab IBNU ABBAS,ilmu itu lebih baik daripada harta.Katanya lagi,"Katakan kepada mereka bahawa ilmu itu warisan nabi2 dan harta itu warisan firaun.Ilmu itu menjagaa kamu dan harta itu kamu yg menjaganya.Ilmu tidak kurang jika dinafkahkan,tetapi harta akan berkurang apabila dinafkahkan.Orang yang berharta tidak lagi dikenang selepas kematiannya.Manakala orang yg berilmu terus dikenang setelah kematiannya......
Posted by .::L!ttlE cAliPh::. at 6:10 AM 0 comments
Wednesday, August 26, 2009
Rumusan Jalan Mendapat Ikhlas.
Langkah mula untuk mendapat ikhlas dan sebaik-baik amal ialah benar-benar menjadi hamba Allah.Untuk menjadi 'Hamba Allah' yang benar perlu bermujahadah dan istiqamah menempuh 4 syarat iaitu:-
- TAUBAT diperbaharui.
- IMAN diperteguh.
- AMAL SOLEH diperkemas.
- ZIKRULLAH diperbanyak & berterusan.
Wallahua'lam...
Posted by .::L!ttlE cAliPh::. at 5:36 AM 0 comments
Jom relax!
Mari tenangkan diri dengan menjawab pantun teka-teki di bawah:
1. Setiap wanita memasang angan,
Dilihat cantik setiap hari,
Ingin dipakai di pangkal lengan,
Dibawa berjalan ke sana sini...
JAWAPANNYA:Gelang...
2. kalau ke pasar perlu dibawa,
Bukannya kuih atau nasi,
sila jawab jangan kecewa,
apakah benda yang boleh diisi...
JAWAPANNYA:Bakul...
3. Ada pintu tidak bertingkap,
Pelbagai rupa,saiz dan bentuk,
Boleh dibuka boleh disingkap,
kalau berkunci jangan diketuk...
JAWAPANNYA:Almari...
4.Di situ berbaring bukan bersandar,
letak kepala terus lena,
Bersaiz kecil ataupun besar
di dalam bilik tempat letaknya...
JAWAPANNYA:Katil...
5.Di atasnya tercatat pelbagai angka,
bukan digunakan untuk mengira,
semua tujuan mudah dirangka,
digantung di dinding apakah benda...
JAWAPANNYA:Kalendar...
6.Tika saatnya angin pun hadir,
meliuk cahaya bagai penari,
hidup ibarat sudah ditakdir,
setiap saat membakar diri...
JAWAPANNYA:Lilin...
Posted by .::L!ttlE cAliPh::. at 2:15 AM 0 comments
"PANTUN NASIHAT..."
1. bertutur sopan kita bersama,
dengan ibu bapa dan juga teman,
perlakuan mulia dituntut agama,
bahagia hidup sepanjang zaman...
2. dengan guru bersopan selalu,
jangan lakukan perkara keji,
sila bertanya jika perlu,
itu amalan yang terpuji...
3. semua orang tua dan muda,
pangkat darjat tidak ketinggalan,
apabila berkata haruslah waspada,
bahasa sopan jadikan amalan...
4.bukan sebarang pantun seloka,
pantun nasihat kita teladani,
berpekerti mulia setiap ketika,
hidup berdisiplin lagi harmoni...
SEMOGA TERHIBUR DENGAN PANTUN YANG DIBERI...
Posted by .::L!ttlE cAliPh::. at 2:00 AM 0 comments
Menggunakan harta haram...
Seorang hamba Allah telah bersedekah dengan menggunakan harta yang haram.Adakah dia mendapat pahala????
Sabda Rasulullah s.a.w:"Sesungguhnya Allah SWT itu baik dan Allah tidak menerima melainkan yg baik".Allah SWT tidak sedekah,derma atau apa jua bentuk pemberian daripada benda atau harta yg haram.Malah seseorang itu akan dipersoalkan di akhirat kelak mengenai harta yang dimiliki dari mana ia mendapat harta tersebut dan kepada mana ia menafkahkan atau membelanjakan harta tersebut.Harta yg kita miliki perlu diketahui dari mana sumbernya sama ada halal atau tidak dan ke mana harta itu dibelanjakan.Harta yg dimiliki daripada sumber yg halal dan didermakan kepada yg baik,hanya itulah yg diterima oleh Allah Subhanahu Wataala.
Posted by .::L!ttlE cAliPh::. at 12:17 AM 0 comments

